Tips hilangkan rasa malas masa bekerja

on 29 April 2011

Rasa malas tu timbul puncanya dari mood kita. Sebab lain, keadaan persekitaran, konflik dengan member 1 opis dengan beberapa faktor lain.. Jadi macam mana nak hilangkan rasa malas masa bekerja?

1. Fikir apa akan jadi

Maksud aku, fikir apa akan jadi kalau kau berterusan malas. Kalau kau tak suka dengar bos berleter atau takut makan pasir bulan depan mesti kau dapat tolak ketepi rasa malas tu. 

2. Ikhlaskan diri

Ni bila dapat kerja yang tak sesuai dengan jiwa raga. Walaupun kau tak suka, cuba-cubalah ikhlaskan diri bekerja. Tak rugi pape pun.. Seriuss.. Dah dapat kerja yang kau suka nanti angkat kaki la.

3. Ceriakan diri

Point ni dah berapa kali sebut ni. Keh keh.. Chill la weh. Chill la.. Cubalah bawak senyum sikit waktu pagi.. Asyik ketat je muka tu. Macam mana nak ceria? Lagi 1, dengarlah lagu nescaya dapat menceriakan kau.


*Amalkan tiap-tiap hari ok
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...