Jangan jadi 'lalang' blogger

on 02 May 2011
















Mesti kau akan cakap - Apa lalang blogger tu? Kau merepek apa ni weh?  Sebelum tu kita usha kitaran hidup lalang dulu.

Lalang macam kita tahu bila angin bertiup belah kanan maka lalang tu membengkok ke arah kanan. Macam tu jugak bila angin bertiup belah kiri, lalang tu membengkok ke arah situ jugak. Pasal pangkal dia tak kuat.

Abis apa pulak kaitan lalang dengan blogger? Kau mengarut apa ni? - Rilek rilek.. Ni aku terangkan 1 contoh kat sini. Bila blogger A bagi pendapat pasal blog, maka blogger lalang ni ikut. Tetiba muncul pulak blogger B kata apa yang blogger A tu buat tak patut, mengarut. Then lalang blogger ni ikut pulak pendapat blogger si B.

Yup umpama lalang yang pangkal dia tak kuat, membengkok ikut tiupan angin. Maksud lain, takde pendirian sendiri.

Yang bagi pendapat tu, tak salah pun. Tapi yang mengikut tanpa berfikir ni, kesan dia..

Eh ada kesan ke?? - Ada uii.. Ada effect tahu. Orang lain akan cop kau talam dua muka. Ar? Tak kisah padangan orang lain? Ok tapi efek pada blog kau? Ada terfikir? Disebabkan kau cuma buta-buta mengikut pendapat orang lain, lama-lama mesti kau confuse dengan halatuju blog kau. Last-last, give up tutup blog!

Tak kiralah apa-apa pendapat pasal blog (terutamanya tips-tips) yang kau baca, kau kenalah ada pendirian sendiri. Tahu apa yang terbaik untuk blog kau, tahu tahap kemampuan kau dalam berblog, tahu part mana dalam tips tu yang sesuai untuk kau ikut. Bukan main bantai ikut tak berfikir.. Ok? NOKHTAH

Pic : Photobucket
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...