Pandang lama-lama macam-macam masalah timbul

on 20 Mei 2011

Pandang lama-lama macam-macam masalah timbul - merujuk pada pengunaan pc/laptop yang melebihi 1 jam. Selain dari kerja, aku rasa apa yang membuatkan kita mengadap komputer/laptop lama-lama ni sebab kandungan yang ada kat internet.


Facts about the Internet
Medical billing and coding

Infografik kat atas ni dah jelas lagi nyata menunjukkan apa yang membuatkan kita mengadap pc/laptop lebih dari 1 jam. Lagi-lagi yang porn tu.. Kan kan? Macamlah aku tak tahu. Keh keh. Well, kalau tak dikawal penggunaan pc/laptop ni, macam-macam masalah akan timbul. Kat bawah ni antara masalah yang kemungkinan besar pengguna komputer tegar macam kita ni akan dapat : 

1. Sakit kepala, tengkuk dengan belakang badan
2. Sengal-sengal mata
3. Ketidakselesaan penglihatan
4. Mata kering
5. Rabun (Paling serius, boleh menyebabkan buta) 
6. Mati (Pernah ada kes sebab terlalu lama mengadap pc main online game)

Kebanyakkan pengguna komputer tegar mengadap pc/laptop lebih dari 1 jam. Macam mana nak rendahkan peratus dapat masalah kat atas?

1. Elakkan mengadap pc/laptop lebih dari 1 jam. Lepas 1 jam, rehatkan mata dalam 10-15 minit. 
2. Buat senaman ringan untuk legakan badan.
3. Jarakkan pandangan kau dari monitor. Jarak yang ideal ialah 50cm-100cm.  
4. Adjust level brightness, contras monitor. Jangan terlalu terang, jangan terlalu malap.
5. Guna cermin mata khusus untuk penggunaan komputer. Dapatkan nasihat doktor pakar pasal ni.

*Sila jaga kesihatan diri lagi-lagi pasal mata tu. Kesihatan terjejas semata-mata kerana mengadap pc/laptop, serius it's not cool.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...