Confirm ke penonton pasti terpengaruh dengan unsur negatif yang ada dalam filem?

on 10 June 2011

Sekarang punya filem kalau hang tengok, dah macam-macam jenis keluar. Awesome! Tak macam dulu asyik-asyik genre cintan cintun, pasal kekeluargaan yang mana kita boleh tengok sendiri kat t.b. Kat t.b je dah berlambak genre macam tu. Guwa tengok pun lemau.

Untuk filem bagi guwa, cerita patut gempak lah.. Lain dari lain atau orang dengar je tajuk filem tu, orang akan kata 'wow macam best!'  Nama pun filem pun kan? Bukan drama t.b. Barulah berbaloi bayar tiket wayang. Selera penonton pun besar. Takkan asyik nak tengok genre yang sama je kan? Boring lah macam tu..

Yang latest sekarang ni filem bercorak gangsterism - Kl gangster. Ada yang kata tak bagus filem macam ni. Tapi bagi guwa 1 kemajuan untuk industri perfileman malaysia. Ahh ayat nak 'world'. Hahak

Tadi guwa kata ada yang kata tak bagus filem-filem macam ni. Sebabnya bimbang dengan pengaruh filem macam ni.. Hurmm guwa rasa penonton sekarang bijak menilai mana baik mana buruk. Bijak menilai golongan macam mana yang boleh tonton filem macam ni.

Kalau nak kata sebab filem macam ni orang sekarang suka guna pendekatan 'kekerasan' dalam hidup diaorang, guwa rasa salah. Faktor lain macam pengaruh rakan sebaya pun menyumbang dalam hal ni. Lagipun terma guna kekerasan dalam kehidupan seharian dah lama ada.. Sebelum malaysia ada filem gaduh-gaduh lagi.

Kesimpulan, sesekali filem macam ni keluar bagi guwa best. Pendapat korang pulak macam mana?


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...