3 bayi penghidap sakit jantung amat memerlukan bantuan korang..

on 11 June 2011

Guwa rasa berita ni patut disebarkan Pada yang membaca, sila sebar-sebarkan jugak ye -

GEORGETOWN: Tiga bayi yang menghidap penyakit jantung mohon bantuan dan ihsan orang ramai menghulurkan sumbangan kewangan bagi membiayai kos pembedahan dan rawatan segera mereka di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), di sini. 

S.Tasvinee yang baru berusia 11 hari menderia penyakit itu memerlukan kos RM30,000 untuk pembedahan pertama dan RM45,000 untuk pembedahan kedua bagi membolehkan sistem penafasan dan penyaluran darah pada paru-paru berfungsi dengan sempurna.

Bapanya, P Sangar, 39, seorang juruteknik dari Padang Serai, Kedah hanya berpendapatan RM1,010 sebulan, manakala ibunya, C Shanti, 38, seorang operator kilang berpendapatan RM664 sebulan.

Seorang lagi bayi perempuan, Rabil Atul Adawiah Anuar, berusia 21 hari turut mengalami masalah sama selain masalah Patent Ductus Arteriosus (PDA) dan memerlukan kos RM30,000 bagi pembedahan.

Bapanya, Anuar Hashim, 34, yang bekerja sendiri memperoleh RM800 sebulan manakala ibunya, Hazlina Harun, 32, seorang suri rumah dan perlu menampung seorang anak lelaki berusia enam tahun.


Manakala Lim Wei Bin, berusia sebulan pula kini menderita masalah saluran Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage (TAPVD) dan memerlukan sumbangan RM35,000 bagi menjalani pembedahan.

Bapanya, Lim Kai Mun, 38, seorang penjaja dari Bidor, Perak hanya memperoleh pendapatan RM1,000 dan ibunya, Yong Fui Lee, 33, seorang suri rumah.


Menurut Kai Mun, keadaan anaknya agak kritikal kerana saluran pendarahan pada jantung disalurkan dari paru-paru dari arah yang salah sehingga mengalami masalah terutamanya pada jantung - Metro

* Orang ramai boleh menderma dengan menghantar cek atau wang pos kepada The New Straits Times Press (M) Bhd, Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak terbabit di belakang cek.

Nilah masa untuk kita gunakan kelebihan sebagai blogger.. Sekali sekala je beb.. Jadi tolonglah sebar-sebarkan artikal berita ni. Jangan lupa letak backlink metro. Bukan backlink blog ni!



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...