Iphone 4 dapat sentuhan warga malaysia

on 11 Jun 2011

Guwa tabik spring mamat ni!

KUALA LUMPUR: Siapa sangka iPhone4 yang mencetus fenomena di kalangan peminat gajet di seluruh dunia mendapat sentuhan remaja Malaysia, Timothy Lim, 24, yang dipilih gergasi elektronik dan perisian komputer, Apple Inc untuk menyertai kumpulan pereka dalam projek membangunkan alat telekomunikasi canggih itu. 

Lim yang kini bertugas sepenuh masa dengan Yahoo! Inc sebagai Penganalisis Sistem Perniagaan Bahagian Pengurusan Operasi berkata, peluang bekerja dengan kumpulan pereka iPhone4 pada 2008 dianggap suatu permulaan positif untuk memburu impiannya dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada peringkat global.  

“Ternyata pengalaman bersama Apple cukup mengujakan, siapa sangka anak Malaysia seperti saya diberi peluang menyumbang dalam rekaan gajet generasi masa kini seperti iPhone4,” katanya - Berita harian

Guwa tabik dan bangga. Akhirnya ada jugak rakyat malaysia yang mampu berdiri setanding dengan orang luar. Hahah patriotik pulak. Tapi betul lah kan? Atleast dia berjaya jugak buktikan sesuatu dari mereka yang suka cakap gebang tapi habuk pun tarak! Haa...

Nak baca lagi pengalaman dia klik link tu. Oh lagi 1 dia ada tinggalkan rahsia macam mana dia sukses. Guwa rasa cara dia tu boleh dipraktikkan dalam berblog. Serius! Nak tahu apa dia klik link tu ye.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...