Kenapa dan hukum kongsi tips blog yang berulang-ulang

on 15 June 2011

Selepas 'sarapan' tengah hari tadi, tetiba fikiran guwa diasak bertubi-tubi dengan 1 persoalan ni : Kenapa kongsi tips blog yang berulang-ulang? Adakah 1 kesalahan kalau blogger kongsi tips blogging yang berulang-ulang ni?

Lantas guwa berfikir serasional yang boleh.

Nowdays blogger tumbuh macam cendawan lepas hujan. Jadi diaorang ni yang nak maju  akan sentiasa cari ilmu berkaitan blog. Takkan nak stay kat takuk lama je kan. Kalau suka2 berblog lainlah.

So kalau takde blogger yang duk recycle tips blogging ni, macam manalah nasib blogger baru ni? Sure terkontang kanting punya. Jangan cakap 'pandai-pandailah diaorang cari sendiri'.. Janganlah kejam sangat. Ingat lagi tak masa awal-awal kita berblogging dulu? Mana tahu apa-apa.. Samalah dengan blogger baru ni.

Kalau ada yang dah tahu pasal tips tu atau senang cerita, bosan baca tips yang sama.. Tak payah masuk baca. Tak perlu jadikan isu jugak. Sebab tak dapat apa-apa pun.. Eh eh. Terserius pulak guwa. Lalalalaaa~

Kalau ada yang kata blogger kasi tips blogging recycle ni blogger lapuk dan etc, demi untuk blogger-blogger baru guwa rela digelar macam tu. Bukanlah bermaksud guwa tak nak belajar benda2 baru. Cuma guwa pernah terkontang kanting jadi guwa tak nak keadaan sama berlaku pada blogger2 baru ni.

Jadi point guwa untuk entri ni - Tak salah kongsi tips blog yang berulang-ulang. Pendapat korang pulak macam mana?

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...