Kita mungkin tak dapat guna facebook lagi lepas ni

on 15 June 2011

Tadi guwa jalan-jalan sekejap kat kerangs.net, guwa jumpa artikal ni :


"Shahidan Saran Facebook Disekat Jika Terus Gugat Keselamatan KANGAR, 6 Dis (Bernama) — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari Isnin mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.

Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook, katanya" - Kerangs


Artikel tu hari ni punya. Latest latest.. Hurm guwa terfikir. Patut ke facebook disekat dari malaysia ni semata-mata hanya kerana individu menghina agama dengan pemimpin negara yang mana kecik kelompoknya? Guwa rasa tak patut..

Hal macam tu SKMM boleh handle. Cuma kena report je.. Lagipun bukan semua user fb ni buat benda 'pandai' macam tu.

Macam kita tahu, facebook ni banyak kepentingan dia. Bukan sekadar untuk bersosial.. Lebih dari tu. Kalau fb kena blocked, guwa rasa lagi teruk 'pemberontakan' berlaku. Kalau sekarang ni web download kena sekat hackers anonimus lawan balik, kalau fb kena sekat siapa yang 'melantun' balik?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...