Siasat dulu sebelum nak hentam..

on 30 Jun 2011

Ni baru betul blogger gila trafik/$$$. Main sebat je tanpa siasat betul2 : 

"AMPANG : “Kenapa perlu saya difitnah sedemikian rupa sehingga kisah lama dikorek semula. Saya bukan seperti dulu dan sudah memulakan kehidupan baru, saya ada suami dan anak,” rayu pengacara dan personaliti popular, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot supaya artikel dan gambar yang mengaitkannya dengan program anjuran parti pembangkang dikeluarkan daripada blog.


Malah katanya, gambar ketika dia belum memakai hijab turut disiarkan semula bersama komen berbentuk penghinaan di beberapa laman blog sehingga mencemarkan nama baiknya.


Menceritakan kembali apa yang berlaku, Wardina berkata, dia dijemput memberi ceramah motivasi pada Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya, Ahad lalu tanpa diberi penjelasan secara khusus mengenai program itu. 

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian" - Metro

Blog mana? Guwa malasss nak cari. Buang masa, sia-sia. Tapi korang sendiri pun tahulah kot blog jenis apa yang duk main isu2 macam ni..

Kerana lalat masuk dalam air, habis semua air dibuang (sila bayangkan karam singh walia angkat2 tangan). Guwa harap takdela antara kita jadi macam ni. Semata2 kerana trafik/$$$ kesan dengan dosa campak ke laut. Hmm kita berblogging ni bukan untuk tambah dosa, kan kan?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...