Bodoh + bangang = buduss

on 25 Julai 2011

Bodoh + bangang = buduss.. Apsal bukan bongang? Apsal bukan dongang? Entah.. Hehe.. Aku main tala (hentam) je. Istilah buduss tu timbul dalam fikiran lepas baca berita kat metro hari ni..

Pasal duit, kita boleh senang hati. Hidup bahgia tapi kerana duit jugak, kita hilang pertimbangan. Bila dah terdesak nak pakai duit, darah daging sendiri pun kita berani hentam..

Pelik lah jugak.. Cukup sifat, tak cacat, tulang 4 kerat pun masih boleh guna. Jadi bantinglah tulang 4 kerat tu untuk dapatkan duit. Hurmm memilih kerja? Kerja itu penat kerja ni penat? Dei.. Mana ada kerja yang tak penat maa.. Mana ada kerja yang senang? Even kerja dalam opis pun letih la sebab kena duduk berjam-jam..

Untuk permulaan biarlah kecik nilai duit tu yang penting halal. Jangan guna jalan mudah tapi haram untuk dapatkan duit.. Hukuman dunia mungkin boleh terlepas tapi hukuman akhirat?

Berita tu kat sini 

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...