Justin Timberlake beli myspace.com

on 01 Julai 2011

Pergh ni la dia. Kalau dah kaya tu, petik jari je.. Semua boleh dapat! Grrr bila pulak turn guwa ni.. Ni sedikit petikan dari kosmo :

"LOS ANGELES – Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch, lapor sebuah akhbar semalam - Kosmo

Perghh kaw-kaw punya harga.. Hurm teringat waktu aku mula menjebakkan diri dalam dunia maya ni. Myspace laman web sosial yang 1st sekali aku join. Sampai ketagih dibuatnya. Tapi berbaloi jugak sebab dapat 1-2 awek dalam tu.. Hahah. Frenster? Tak best langsung!

Masa tu memang zaman kegemilangan myspace lah.. Sampai myspace tu digelar raja laman sosial. Tapi lepas facebook dengan twitter muncul, myspace terus K.O. Tapi lepas justin beli myspace ni, adakah myspace akan berubah sekaligus merampas balik takhta raja laman sosial? Yang penting kalau berubah, aku harap ada benefit untuk blogger. Heheh.. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...