Adegan Bogel Into The Wild, Tv3 Minta Maaf

on 10 April 2012

Dengan tersiarnya adegan bogel emile hirsch filem into the wild di tv3, pihak mereka telah memohon maaf kepada penonton di Malaysia kerana adegan bogel itu. 

Menurut pihak TV3 mereka memandang serius ralat ini kerana mereka berusaha memastikan kandungan drama atau filem yang disajikan kepada penonton bukan saja penuh dengan elemen hiburan tapi dapat memberi impak positif dan kesan moral pada penonton. 

Pengerusi Pertubuhan Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem into the wild yang menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch pada 24 mac lalu. Malah ACCIN turut kesal kerana Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) gagal menapis adegan seperti itu. 

Namun menurut LPFM, pihak mereka telah membuat 24 pemotongan adegan lucah dalam filem tersebut sebelum dibenarkan siarannya di stesen televisyen itu. Malah selepas pemotongan dilakukan, pihak LPFM telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula namun ianya terlepas pandang begitu sahaja. 

Diharap di masa akan datang, isu-isu sebegini tidak akan terjadi lagi kerana penonton yang menonton rancangan di stesen-stesen TV tempatan terdiri dari pelbagai golongan umur dan pastinya adegan seperti ini tidak sesuai untuk tayangan umum.

Sumber : Mstar
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

aindzaya berkata...

seriously,,,rancangan tlelevisyen zaman sekarang merosakan minda masyarakat..now i know what the reason np ain tak suka tengok tv...thinkin' about it~

"Harga diri dan iman.".


11 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...