Anak Baru Linda Jasmine Dan Que Haidar, Tengku Cleopatra

on 27 April 2012

Anak baru linda jasmine dan que haidar, tengku cleopatra! Aku rasa lama kita tak dengar cerita pasangan ni. Hari ni di akhbar mstar, linda dikhabarkan selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama tengku cleopatra.


Linda selamat melahirkan tengku cleopatra pada hari khamis jam 1.28 petang. Berdasarkan sumberi, linda bersalin secara pembedahan di hospital gleneagles kuala lumpur. Kata linda di mstar :

Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran cleo (nickname cleopatra) ini. Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting cleo berada dalam keadaan sihat dan sempurna. Tetapi saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit sebab alergik. 

Nama "ratu" cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu saya dan suami memilih cleopatra yang juga nama seorang ratu di mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita.

Tahniah diucapkan pada que haidar dan linda jasmine diatas kelahir tengku cleopatra. Semoga kehadiran cleo akan menceriakan dan memeriahkan lagi que haidar sekeluarga. Kalau dapat gambar cleo nanti aku akan kongsi untuk tatapan korang. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...