Baiki kelemahan dalaman blog dengan seo analyser

on 05 April 2012

Hallo semua..


Pernah terfikir apa kekurangan blog korang dari segi dalaman dia? Maksud aku, dari aspek teknikal macam berapa banyak backlink yang blog korang ada, apa yang menyebabkan blog korang lambat loading, berapa external links, internal links yang ada kat blog dan banyak lagilah. Sebagai blogger (tak kisahlah blogger jenis apa pun), kita kena tahu kekurangan blog sendiri sekaligus cari jalan untuk baiki kekurangan tu.

Cuma masalah timbul bila kita nak cari apa kekurangan dalaman blog kita.. Kalau nak check satu-satu guna cara manual, 2 hari pun takkan habis. So ni aku nak rekomenkan 1 tools yang berguna untuk kita analisa blog kita : Seo analyser

Anyway, mungkin korang akan cakap :

"Kejadah seo analyser?? Tak payah analisis! Blog guwa power dah!"

"Seo analyser? Peeliss~ Blog i tak mainlah seo-seo ni"

"Aku tak perlu ni semua sebab blog aku ramai gila pembaca setia. Apa-apa berkaitan seo cuma untuk blogger loser yang takde pembaca setia kat blog dia!"

Wow wow.. Nanti dulu. Nama je seo analyser tapi tak semestinya untuk blogger seo je. Actually banyak gila info kita boleh tahu pasal blog kita bila guna tools ni. Sini aku senaraikan sebab kenapa korang patut guna tools ni : 


  • Kalau korang nak tahu apa kelemahan dalaman blog korang. 
  • Kalau korang nak cari kelemahan dalaman blog korang dengan cepat
  • Kalau nak tahu cara repair kelemahan dalaman blog korang
  • Kalau nak tahu info blog pesaing (the best part)
  • Kalau korang ada terfikir nak bawa blog pergi lebih jauh (contohnya, carik makan dengan blog), analisis dari seo analyser dapat membantu korang optimize kan lagi blog korang.

Perghh dah macam nak jual ebook.. Anyway, ada tak salah satu sebab-sebab kat atas ada bermain dalam fikiran korang? Kalau ada, sila baca perenggan seterusnya. Kalau takde, pegi mampos sama anda. Har har..

















Ok.. 1st pergi ke seoanalyser.net. Then masukkan full url blog. Contoh - http://namablog.blogspot.com atau www.namablog.com. Jangan masukkan url macam ni - namablog.blogspot.com. Sebab takut info dia bagi nanti tak tepat. 

Bila dah masukkan full url, dia akan analisis sekejap dan akan keluar result macam kat bawah ni.

Klik untuk view imej jelas










Maklumat dari data tu kita dapat tahu yang blog akidazami.com  :

SEO score cuma 60%

Salah 1 sebab score jatuh teruk sebab 5 bulan aku tak update blog. Tapi blog masih boleh dikatakan optimized. Aku ingat lagi last entri aku update, tak sampai 5 minit dah ada kat 1st page google serp. Kedua, sebab aku tukar template. Ini pantang yang mesti dijaga kalau main entri seo. Tu nanti aku cerita kat entri lain.

Macam mana nak dapatkan blog yang seo optimized? Semuanya bermula dari pemilihan template. Template yang optimized kalau ikut pengetahuan aku, template minimalist. Tak banyak coding yang kompleks yang menyusahkan spider untuk crawl blog. 

Poor traffic worldwide 

Target audience cuma dari malaysia je. Bukan worldwide. Tapi memang rendah jugak sebab jarang update. Ini memang tak bagus dan jangan ikut. Blog yang optimized sampai dapat score 90% pun, kalau jarang gila update tak bergunala optimization tu. Kesan utama jarang update blog : backlink akan makin berkurangan. 

Thousands of indexed pages

Kalau nak main seo, ini penting. Indexed pages yang banyak menunjukkan korang aktif berblog. Maksud aku aktif beblog tu ialah update 3-5 unique content setiap hari. Serius, spider suka lawat blog macam ni. Bila spider dah selalu lawat blog, tu lah masa yang sesuai untuk main seo. 

Meta description

Dulu google kata menatang ni tak penting. Tapi sekarang blogger.com dah ada setting ni. Maknanya meta description penting dan patut ada dalam blog. Meta description dapat membantu google listkan content blog yang bertepatan dengan apa orang cari kat SERP.

Alt attribute

Aku tak letak. Tapi kalau betul-betul nak kaut trafik dari search engine termasuk gambar sekali, letak alt attribute kat gambar yang korang upload. 

External links 

Sebarang link yang membawa visitor keluar dari blog korang. External links effect bounce rate blog. So Hati-hati dengan jumlah external links kalau nak visitor stay lama-lama kat blog. 

Faedah visitors stay lama-lama kat blog : Pageview dengan duit ads bertambah.

CSS files

Pada aku tak penting. Boleh skip ni. 

W3C validation

Ni kira macam sirim ah. Kalau tak lepas test sirim, produk tu tak boleh dipasarkan. Tapi untuk blog, kalau tak pass pun still boleh masuk search engine. Boleh skip.


Meta keywords

Sama gak. Dulu pun google cakap tak penting. Tapi sekarang penting. Meta keyword melambangkan niche satu-satu blog. Ada sesetengah syarikat akan cari blog untuk iklankan produk diaorang berdasarkan keyword kat meta keyword. Sebab dia simple. Produk confirm boleh jual kalau niche blog ada kena mengena dengan produk tu. 

Lagi 1 meta keywords membantu entri korang berada kat kedudukan yang baik kat 1st page SERP. 

H4, H5, H6

Pada aku tak penting. Yang penting H1. Tapi kalau nak optimized template sebaik mungkin, better letak h4, h5, h6 ni. 

Domain age

Maksud domain age ni usia satu-satu url. Lagi lama usia url tu, bermakna lagi banyak pemberat untuk SEO. Tapi tak penting domain age ni. Pada aku lah. Boleh je skip part ni.

Dmoz directory

Nak tahu kenapa sesetengah blog senang gila masuk 1st page serp dan senang dapat kedudukan pertama atau kedua kat situ? Dmoz directory jawapan dia. Dmoz antara directory blog yang paling google dan beberapa search engine utama suka. Diaorang selalu datang crawl url-url blog kat Dmoz. Url blog yang ada kat Dmoz akan diberi keutamaan index dahulu berbanding directory blog lain. 

Yang lecehnya bila nak submit url blog kat dmoz ni. Terlampau banyak kategori blog kat situ dan proses approved amik masa. Kalau submit kat kategori blog yang salah, diaorang tak approved.

Google pagerank

Kalau taknak pr jatuh, JANGAN jarang gila update blog.


Kalau aspek dalaman blog dah ok, akan keluar result macam kat bawah :



Cuba baiki apa-apa yang kurang pada blog untuk dapatkan sebanyak mungkin SEO score. Makin tinggi score, bermakna makin bagus dan optimized template dengan content blog. Dapat dalam 70-80% score dah cukup ok dah. 

"Eh jap jap. Untuk apa nak optimized template dengan content? Nak repair tu, repair ni.. Buang masa la!"

Buang masa kepala bana kau. Keh keh. Hurm jawapan dia simple. Blog yang optimized berkemungkinan besar mampu menarik lebih banyak trafik dan mampu menarik lebih perhatian syarikat pengiklanan. Bermakna more $$$ korang bakal dapat. Lagi 1 bukan takat $$$ je, tapi lebih dari tu. Cuma terpulangla pada korang nak yang mana satu kan.. 

Oklah. Harap-harapnya entri ni dapat membantu dalam membaiki kelemahan blog korang. Ok? Orait aku nak pi berat sat..


*Cuba letak url blog denaihati.com, ariffshah.com dengan forblogger.net. Confirm korang terkejut

Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

apa celop tock berkata...

Salam.. Saya nak tahu mcm mana nak blog saya masuk di google search.. Dah banyak tutorial saya cuba tetap tak boleh.. So.. Please... Ajar saya.. Email : Shaf_88@rocketmail...


30 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...