Gambar Dan Harga Proton Preve

on 17 April 2012

Info gambar dan harga rasmi proton preve - Berita baik untuk korang yang dah jatuh cinta dengan kereta ni lagi-lagi selepas tengok teaser model terbaru ni di beberapa blog sebelum ni. Pada yang tak tahu, pelancaran proton preve oleh datuk najib baru je selesai tadi. Ni bermakna proton preve secara rasmi akan mula berada di pasaran tak lama lagi.


Kalau tanya pendapat aku, serius proton preve memang superb. Tengok je gambar kat atas, dah boleh buat air liur meleleh! Dan nampaknya kereta terbaru ni berjaya menepati konsep 'elegan dan selesa' yang ditetapkan pihak proton. Kereta ni disasarkan bagi mereka yang dah berkahwin yang berumur 20-40 tahun ke atas. Tapi kalau dah mampu, tak payah kahwin pun, beli je le. Peduli apa dengan sasaran tu kan? Hehe. 

Kereta ni didatangkan dengan 3 jenis iaitu 1.6 CTV premium, 1.6 executive cvt, 1.6 executive 5 (kelajuan manual). Harga proton preve :

RM72,990 untuk Premium (CFE dengan ProTronic)
RM62,990 untuk Executive (IAFM+ dengan CVT)  
RM59,990 untuk Executive (IAFM+ dengan manual)

Jaminan 5 tahun atau 150,000km perjalanan.

So pada yang memang berminat, siap sediakan duit sebab kereta ni akan berada di pasaran tak lama lagi.    Kredit gambar blog paul tan dan sekiranya korang nak tahu lebih lagi pasal preve, sila ke blog paul tan. Lagi gambar :





Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

Eh??xde GPS ke?tgk commercial siap ad touch screen lg kt dlm


19 April, 2012
Akidazami berkata...

gps tu mungkin tak semua model ada.. bro boleh tengok kat blog paul tan untuk info lagi detail pasal preve..

ni link blog paul tan : paultan.org


19 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...