Halau bapa kerana tegur isteri tutup tingkap

on 07 Mei 2011

IPOH: Anak derhaka! Mungkin itu perkataan tepat diberikan kepada seorang anak berkelulusan universiti yang tergamak menghalau bapanya yang berusia 64 tahun semata-mata kerana menegur isterinya yang tidak menutup tingkap ketika senja.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam di Manjung pada 5 April lalu, bapa malang yang mahu dikenali sebagai Ismail itu hanya mampu menjerit dan merayu selepas anaknya mengunci pintu pagar rumah dan menutup pintu bagi mengelak ayahnya memasuki semula ke dalam rumah.

Ismail berkata, dia terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjual barang terpakai kira-kira tiga minggu sekitar Manjung sebelum membuat keputusan menaiki bas ke bandar raya ini sebelum ditahan dalam operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kini tinggal di sebuah rumah kebajikan di sini.

“Hancur luluh hati saya kerana ia hanya berpunca daripada tindakan saya menegur menantu supaya menutup tingkap berikutan sudah Maghrib,” katanya sambil berlinangan air mata ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan di sini - Berita harian

Berkelulusan Uni tapi bingai.. Sanggup halau bapak semata-mata hal remeh macam tu. Hm hopefully kita tak akan buat perkara bodo ni. Seorang ayah pasti berkorban segala-galanya supaya jadinya kita seperti hari ni. Takde bapa takdelah kita. Jangan sesekali derhaka..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...