Isu Video Tarian Ghairah, Shila Amzah Beri Jawapan

on 26 April 2012

Isu video tarian ghairah di konsert mania, shila amzah tampil beri jawapan - Mungkin aku agak lambat update artikel ni. Tapi mungkin jugak ada peminat shila amzah yang tak tahu cerita ni. Untuk makluman korang, konsert mania minggu ke 5 mengundang kontroversi untuk shila. Semuanya gara-gara cara dia menari yang dikatakan ghairah bagi sesetengah pihak.


Kata shila amzah di akhbar sinar harian :

Saya tidak terkejut, lagi pun hal ini dah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka isu tarian ghairah ni bukan masalah serius. Masa menyertai One In A Million dulu, saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again, nyanyian Britney Spears dan rasanya tarian saya masa tu lebih teruk. Sekarang saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert mania minggu lalu, saya harap perkara ini tak dipanjangkan. Mungkin ramai yang tak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini.

Yang menariknya, ada jugak pihak mengatakan shila amzah menari ghairah macam tu sebab nak luahkan perasaan kecewa pasal sharnaaz. Kalau tanya aku, ni semua dakwaan dari pihak yang berniat tak baik pada shila. Mungkin sebab pihak tu sakit hati tengok gelagat shila dengan sharnaaz kot? Anyway, bawah ni ada video shila di konsert mania minggu ke-5. Aku dah tengok. Apa yang ghairah dengan tarian dia aku pun tak tahulah.



Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

naruto berkata...

kenape video x dapat tengok?


08 Januari, 2013

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...