Pelajar Dicekup Halwat Dengan Teman Lelaki

on 17 April 2012

Seorang pelajar perempuan dicekup halwat dengan teman lelaki - Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang berumur 17 sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah.
Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik sewa teman lelakinya sejak dua hari lalu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel. 

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan spm itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya hanya berseluar pendek. Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah untuk pergi ke sekolah, namun sebaliknya dia menuju ke bandar dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan sura gate. 

Kedua pasangan ini berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur. 

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu dibawa ke pejabat agama dungun untuk diambil keterangan. Mereka akan didakwa mengikut seksyen 31(a) (b) enakmen kesalahan jenayah syariah takzir negeri terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Sinar harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...