Pelakon bob kuman mohon bantuan kerana sakit tenat - Kesian rasanya aku tengok keadaan pelakon seorang ni. Berdasarkan artikel terbaru blog mazidul akmak sidek, bob kuman sekarang sakit tenat. Dia sekarang terlantar di rumahnya di kota damansara dan boleh dikatakan tak mampu nak bergerak langsung.
Punca bob sakit tenat bermula bila dia terjatuh ketika penggambaran drama jangan pandang belakang congkak sekitar tahun 2011. Selesai rawatan, bob dikenakan cas kos rawatan sebanyak RM7000. Sehingga sekarang, bob dah pun menjelaskan kos rawatan sebanyak RM3400 dan perlu membayar baki lagi RM3600. Tapi dalam akaun bank dia sekarang cuma ada RM36 je. Selain dari tu, masih ada kos-kos lain yang perlu bob bayar.
Jadi pada sesiapa yang mampu, diharapkan korang dapatlah hulurkan sumbangan yang seikhlas mungkin pada bob.
No. akaun bank bob kuman : 112371007047 (Husni mohd rawi, maybank)
*Sebagai bukti artikel ni bukan rekaan semata-mata untuk menguntungkan pihak tertentu, korang boleh baca laporan wartawan mazidul tentang bob kuman di blognya. Kik link sebelah untuk pergi ke blog mazidul -> Blog Mazidul Akmal Sidek
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan