Gambar Wang Kertas Baru Malaysia 2012

on 16 April 2012

Gambar terkini wang kertas baru malaysia tahun 2012 - Bank negara malaysia (Bnm) sudah pun membuat segala persediaan bagi mengedar duit kertas terbaru Malaysia bermula 16 julai depan yang bertemakan keunikan malaysia. Duit kertas baru ni terdiri daripada RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. 


“Wang kertas Rm 50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai. 

*Baru, baru jugak. Aku harap duit baru ni kualiti upgrade dan tahan lasak ah. Jangan bila terkeronyok sikit, duit tu terkoyak. Kalau macam tu tak guna ah buat duit kertas baru.

Sumber : Harian metro
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...