Budak 9 Tahun Maut Digilis Traktor Pembajak Sawah

on 07 Mei 2012

Budak 9 tahun maut digilis traktor pembajak sawah - Kelmarin, arwah muhammad fariz najmi norizan yang berumur 9 tahun maut akibat digilis mesin traktor pembajak sawah. Gambar bawah ni ialah mesin yang meragut nyawa dia. 


“Pada Khamis lalu, dia bergurau dengan rakan sekolah memakai lilitan di kepala seolah-olah jenazah dikafankan,” kata Yusof Awang, 59, datuk saudara arwah di kampung kubang palas. Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, arwah mengikut bapa saudaranya, habibullah halim yang memandu jentera itu untuk membajak sawah dan arwah dikatakan duduk di sebelah tempat duduk pemandu. 

Selepas membajak tidak sampai 30 meter, habibullah tersedar arwah tiada di sebelah. Apabila dia memandang ke belakang arwah dilihat sudah terbaring dengan badan berlumpur serta berlumuran darah.

*Sumber : Hmetro
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...