Bawa Kekasih Gelap, Suami Pukul Isteri

on 07 Mei 2012

Bawa kekasih gelap, suami pukul isteri kerana tak dibenarkan masuk ke rumah - Seorang suami sanggup mencekik, menendang dan memijak perut isterinya selepas mangsa tak benarkan suaminya masuk ke rumah bersama kekasih gelapnya, kelmarin. 

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam di rumah pasangan itu di pantai dalam. Mangsah yang mahu dikenali sebagai tasya, berkata suaminya pulang ke rumah ketika dia lena tidur.  “Saya lewat buka pintu kerana saya sedang tidur. Sebaik tersedar selepas terdengar bunyi bising pintu rumah ditendang hingga pecah, saya terkejut kerana suami balik ke rumah dengan seorang wanita berusia 20-an."

"Apabila saya tanya siapa perempuan itu, dia menyatakan wanita itu adalah kekasih baru dan menyuruh dia keluar dari rumah bagi membolehkan mereka bermadu kasih di dalam rumah. “Apabila saya menolak perintahnya, terus dia mencekik dan menolak saya sebelum mula menendang dan pijak perut saya." Tasya cuba mempertahankan diri namun dengan pertolongan teman wanitanya, tasya dibelasah teruk. Suaminya juga sempat mengambil pisau untuk bunuh tasya tapi tasya berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan polis. 

Sementara itu, ketua polis daerah brickfields, wan abdul bari ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

*Bangang punya suami. Kalau jumpa depan-depan, serius memang aku terus bagi je buku lima. Tepat-tepat kat muka kau. Hishh.. Nasib baiklah tak kenal.. 

Sumber : Hmetro
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...