Gambar butik fazura, house of doll! Ini dia beberapa gambar di majlis pelancaran butik house of doll milik fazura semalam. Secara jujur, aku respek dengan usaha fazura membuka sebuah butik pakaian ni. Sebabnya, adalah mustahil untuk satu-satu artis tu boleh cari makan dalam bidang yang diceburi untuk satu jangka masa yang lama. Jadi jalan penyelesaiannya, artis tu perlu ada perniagaan sendiri seperti mana yang fazura lakukan sekarang ni.
Idea untuk membuka butik ini bermula bila fazura sering ditanya peminat dimana mereka boleh membeli baju khas untuk dipakai dalam apa-apa majlis. Dengan itu, fazura mendapat idea untuk membuka butik sendiri. Kata fazura lagi :
Proses untuk membuka perniagaan ini sebenarnya berjalan dengan lancar dan memang tiada masalah. Namun, lagi beberapa hari ia bakal beroperasi, banyak pula cabaran yang mendatang terutama membabitkan perbelanjaan yang dikeluarkan.
Disebabkan kos, hampir saja saya mahu melupakan hasrat untuk membuka butik itu. Tapi disebabkan inilah adalah cita-cita saya sejak dulu lagi dan jaminan saya untuk kehidupan pada masa depan, segala cabaran dan dugaan, saya tempuhi dengan penuh sabar. Perniagaan ini adalah keutamaan saya ketika ini dan lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah saya berusaha untuk merealisasikan impian ini.
Dengar khabar, modal yang fazura keluarkan untuk perniagaan dia ni mencecah ratusan ribu. Tapi apa ada hal kalau perniagaan ni nanti akan memberi pulangan yang berlipat ganda dari modal dia keluarkan tu kan? Yang paling membanggakan, modal tu adalah hasil usaha dia sendiri. Tanpa pinjam, tanpa sponsor. Respek! Anyway lagi beberapa gambar untuk korang tatap dengan klik readmore. Kredit gambar : Rotikaya

{ 4 ulasan... read them below or add one }
Cantek Fazura nie kan.. :)
Skunk da ade butik plak..baguhh2.
28 Mei, 2012
love kak fazura 4 ever n ever!!!!
she was are adorable person
08 Julai, 2012
i love fazura 4 ever
08 Julai, 2012
alahai...kan ke ada si jejaka anak sultan Johor
26 November, 2012
Catat Ulasan