Zed zaidi : Saya akan pastikan kemasukan artis luar dikawal. Itulah kata presiden seniman terbaru, zed zaidi. Pada yang tak tahu, sabtu lepas secara sah zed zaidi telah dilantik menjadi presiden seniman dengan majoriti undian sebanyak 152. Dengan pelantikan ini, isu lambakan artis luar yang bekerja di industri hiburan tempatan akan menjadi perkara yang pertama yang akan diambil tindakan oleh zed selaku presiden seniman.
Kata zed zaidi di akhbar metro semalam :
Apa yang saya lakukan semata-mata untuk membela nasib artis tanah air. Bayangkan jika mereka monopoli industri tanah air, apa akan terjadi kepada artis tempatan? Lagipun, mereka seakan-akan begitu mudah mencari rezeki di negara kita, sedangkan kita pula sebaliknya, sama ada di negara sendiri atau negara mereka. Saya mahu pastikan artis luar yang ingin mencari rezeki dan bekerja di industri kita mengikut saluran undang-undang yang betul, mempunyai permit sah dan berdaftar dengan jabatan pekerjaan.
Pasal permit aku takde masalah. Tapi yang lain, kalau difikirkan 2-3 kali pun pada aku apa yang dikatakan zed zaidi tetap mengarut. Betul, kalau artis luar monopoli industri tanah air, kemungkinan besar artis tempatan tak dapat cari makan di bumi sendiri sebab producer, pengarah drama/filem lebih berminat ambil artis luar dari artis tempatan sendiri. Tapi puncanya dari siapa? Salah siapa? Artis tempatanlah. Mungkin sebab faktor prestasi kerja artis luar jauh lebih bagus dari artis tempatan, menyebabkan producer, dan pengarah drama/filem tawar hati nak ambil artis tempatan bekerja bawah mereka.
Rasanya apa yang si zed patut kompangkan ialah jadikan kemenangan artis luar di abpbh lepas sebagai suntikan semangat untuk artis tempatan dalam meningkatkan lagi prestasi bekerja masing-masing.. Bukannya sibuk pertikaikan rezeki artis luar dan kemasukan artis luar. Duh!
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan