Kenyataan Penuh David Teo Tentang Isu Minta Sedekah

on 09 May 2012

Kenyataan penuh david teo tentang isu minta sedekah (minta maaf) - Aku dah agak dah ini semua salah faham. Macam artikel isu arwah bob kuman minta sedekah semalam, aku ada cakap dia tak bermaksud nak sakitkan hati-hati mana-mana pihak. Sebab pada dia, 'minta sedekah' tu sama macam minta sumbangan. Lagipun tahu-tahu jelah, sejauh mana je pun tahap bertutur bahasa melayu dia? (bukan hina ok)


Apa-apa pun jom baca kenyataan mohon maaf dari david sendiri kat bawah ni. Harapnya lepas ni selesailah masalah ni dan takde pihak yang butthurt lagi. Kata david di oh bulan :

Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan untuk industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut bila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri. 


Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati ingin memohon maaf kepada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Tak terniat saya nak cetuskan sebarang kontroversi. Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan melodi bertarikh 22 april 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di hospital yawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika bob kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. 

Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”. Apa yang saya faham, “sedekah” bukan sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir. 

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat arwah bob kuman. Percayalah, demi tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai salah satu kawan baik saya. Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. 

Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati. Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama kita doakan kesejahteraan roh arwah disana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga. 

Ikhlas, 

 David Teo
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...