Kepala Yatt Hamzah Melekat Di Sejadah Ketika Sujud

on 16 May 2012

Kepala pelakon yatt hamzah melekat di sejedah ketika dia sujud! Aku rasa ini satu iktibar yang patut diambil oleh artis-artis perempuan tempatan yang tak tutup aurat. Baru-baru ni berdasarkan laporan dari akhbar harian metro kepala pelakon yaat hamzah melekat di tikar sembahyang masa dia tengah bersujud dan masa tu, dia diberikan 'pandangan' tentang seksaan untuk perempuan yang tak tutup aurat dalam neraka.


Berdasarkan laporan tu lagi, sebelum kejadian tu, yatt baru je pulang dari usrah dan usrah itu buatkan yatt insaf kerana mendedahkan aurat, meninggalkan solat semata-mata untuk dapatkan populariti dalam dunia hiburan tempatan. Kata yatt di laporan harian metro :

Setiba di rumah selepas menghadiri usrah saya terus buat solat taubat. Peliknya ketika saya melakukan sujud terakhir saya tak boleh angkat kepala saya. Sebabkan itu, saya terus bersujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah saya nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka. Semua wanita itu meraung minta allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung. Saya menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat. 

Serius, aku speechless dengan apa dikatakan yatt ni. Kalau aku nak bash artis-artis yang tak tutup aurat ni, tak boleh jugak sebenarnya sebab isu ni melibatkan rezeki artis tu jugak. Contohnya ada produksi drama atau filem tak ambil artis perempuan yang tutup aurat bekerja dengan diaorang. Pada aku perlu ada satu alternatif  penyelesaian untuk masalah ini. Apa-apa pun hopefully akan makin ramailah artis perempuan tempatan dibuka pintu hatinya untuk bertudung. Insyaallah. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...