Seindah Sakura Sinopsis Drama Tv3

on 08 Mei 2012

Info sinopsis tentang seindah sakura slot akasia tv3. Drama yang diarahkan oleh zulhuzaimi ini akan menemui penonton pada 7 mei 2012. Genre cerita ni kita tengok tajuk pun dah tahu iaitu cinta. Yang bestnya ialah barisan pelakon dia (fahrin ahmad, fasha sandha, eizlan yusof, eryna dan fimie don) pun kita dah tahu cerita ni pasti best dan mampu setanding dengan drama tv3 yang lain.


Sinopsis :

Menceritakan kisah sedih menyayat hati kehidupan shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya sejak kecil. Walaupun shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, nek kiah. 

Shakira kini bakal menduduki peperiksaan spm. Kadang kala, shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan nek kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah shakira juga menerima kemasukan cikgu bar, airil. Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas membuatkan airil tertanya-tanya. Tapi tanpa soal selidik, airil terus mendenda shakira.

Sehinggalah pada suatu hari pak jamil pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek shakira dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah airil mengetahui punca utama shakira sering tidak hadir ke sekolah. Sejak airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing. 

Datuk malik, bapa saudara kepada airil merupakan seorang pengusaha kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah shakira. datuk malik jugak melayan shakira seperti anaknya sendiri. Enam bulan telah berlalu dan shakira telah selesai menduduki spm. Satu hari tu datuk malik kelihatan resah dan punya masalah. Apabila ditanya shakira, datuk malik sebenarnya mahu melamar shakira. Shakira amat terkejut.

Apa akan terjadi seterusnya? Adakah shakira akan berkahwin dengan datuk malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya? Ataupun shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu airil? Siapa yang menjadi pilihan shakira?

Barisan pelakon utama seindah sakura : fahrin ahmad, fasha sandha, eryna, eizlan yusof dan fimie don. Nantikan drama ni di slot akasia bermula 7 mei 2012!
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

nurkamelia berkata...

saya suka....cerita seindah sakura nie....sbab ya menceritakan tentang kisah orang miskin yang hdp dalam kesedian......mmm sedihnya.....


31 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...