Seorang Siswa Peserta Bersih 3.0 Menyerah Diri

on 06 Mei 2012

Seorang siswa daripada 91 peserta bersih 3.0 menyerah diri - Seorang daripada 91 individu yang diburu polis kerana terlibat dengan perhimpunan haram, bersih 3.0 yang juga merupakan penuntut uitm shah alam ditahan polis semalam. 

Ketua polis kuala lumpur, datuk mohmad salleh berkata, siswa yang bernama khalid mohd ismath berumur 22 tahun ditahan di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) kuala lumpur jam 10 pagi ketika datang bersama ibu bapanya serta peguamnya.

"Pelajar terbabit kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah cheras untuk siasatan lanjut dan perintah tahanan reman akan diambil jika siasatan belum selesai," katanya. Jelas mohmad, pelajar itu diminta datang memberi keterangan kerana membuat ugutan terhadap anggota polis di facebook dan menyerang seorang anggota polis trafik pada hari perhimpunan bersih 3.0 tersebut. 

Dalam kejadian itu, pelajar terbabit dirakam menendang anggota polis trafik yang terjatuh daripada motosikalnya ketika bertugas dalam ops aman yang dihadiri kira-kira 25,000 orang.

Sumber : Kosmo
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...