Umur 12 Tahun Jadi Cikaro, Kerap Tukar Pasangan

on 06 Mei 2012

Jadi cikaro ketika umur 12 tahun - “Pengalaman pertama saya melakukan seks bersama lelaki bermula ketika umur saya 12 tahun. Mula-mula memang takut tapi selepas dipujuk, saya mengalah,” kata gee, 17, yang mula terbabit dengan kegiatan cikaro atau pelacuran ketika masih darjah 6 lagi.

Menurut gee, sejak itu dia mula ketagih dengan hubungan intim dan bagi memuaskan diri dia melakukannya dengan pasangan berlainan. “Daripada situ, saya mula keluar setiap hujung minggu untuk lepak di lokasi tumpuan sekitar ibu kota sebelum menjadi cikaro dengan bergaul bersama kumpulan mat rempit,” katanya.

Gee mengakui kehidupannya berubah selepas ayahnya meninggal. Oleh kerana ibunya sibuk bekerja, tiada sesiapa yang memantau dirinya. Kerana sunyi, dia mula belajar melepak bersama rakan dengan mat rempit.

Sumber : Hmetro

*Nak kata gee ni bangang tak boleh jugak.. Dia pun budak-budak lagi masa mula-mula terlibat dengan kegiatan cikaro ni. Fikiran pun tak matang lagi. Bagi aku kes-kes macam ni yang melibatkan budak-budak bawah umur 100% berpunca dari ibu bapa yang alpa. Kalau takde masa nak luangkan untuk anak-anak, carilah masa. Kalau penat, redah jela. Alah, untuk anak sendiri jugak kan? Jangan sampai anak jadi macam kes ni baru korang (ibu bapa) nak menyesal. 
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

jebengotai berkata...

sedih pula dgrnya..kalo ibu bekerja pun xkan la nk wat mende2 ni..mmg x logik juga..


06 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...