10 blog, 10 entri yang sama - entri yang klise

on 20 January 2011

Kau singgah blog situ, kau jumpa entri yang sama.. Kau singgah blog sana, kau jumpa entri yang sama jugak. Apa yang menariknya kalau macam tu? Tak bosan ke? - antara pendapat blogger yang kid baca.

Serius entri yang klise ni memang macam dah jadi sesuatu yang normal ah dalam blog.. Banyak jugak blogger-blogger yang well known jelak dengan hal ni.. Mana-mana blog korang pergi, dalam 10 blog tu 8 daripada 10 tu mesti cerita pasal nuff. Tak pun cara tingkatkan trafik atau tips yang kebanyakkannya sama je isi dia..

                                                      _______________________

Kid bukan bermaksud nak menghentam blog-blog macam ni sebab kid sendiri pun ada post beberapa entri yang yang dikatakan 'klise'.. Sebab? Tak semua blogger ada idea bijok sentiasa. Lagipun pengalaman blogger tu sendiri main peranan jugak..

Ni kid bagi 1 contoh ah. Dah banyak dah blog-blog yang well known keluarkan entri pasal apa yang patut takda (contohnya lagu autoplay, font kejap kecik kejap besar,widget melambak) dalam satu-satu blog. Tapi korang tengok sendiri berapa ramai yang disable lagu autoplay? Berapa ramai yang betulkan balik saiz font dan guna saiz font yang sekata? Berapa ramai yang adjust balik widget-widget yang bersepah dalam blog diaorang?

Pernah tak korang blogwalking, korang tak jumpa langsung blog-blog yang bermasalah macam kid sebut tadi?

Maknanya penyampaian mesej dari entri blog yang dah well known tu masih tak meluas sebenarnya.. Tambah lagi sekarang ni hampir tiap-tiap hari ada je blog baru.. So takkan nak biarkan diaorang ni teraba-raba dalam gelap? Biarkan diaorang cari 'jalan keluar' sendiri?

Takkan nak expect diaorang ni tiba-tiba je boleh tahu apa yang patut/tak patut dalam blog?? Kepala hotak kau berjambul..

                                                       _______________________

Klise atau entri tu patut kita baca dan kaji dulu. Kalau totally klise, point-point dalam entri tu cuma berulang-ulang, tanpa pengolahan sendiri, tak 'bercerita' dengan gaya sendiri. Matlamat hanya untuk trafik semata-mata. Bukan untuk perkongsian.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...