Eksploitasi shoutbox/cbox untuk trafik 1 hala.. Bapak panas isu ni

on 20 January 2011

Sekarang ni kecoh pasal hal ni.. Yang bikin panas, bila blogger yang blogwalking cara salah ni, sebenarnya diaorang tak singgah pun kat blog kita. Hm.. 1 je punca benda ni : Trafik. Sebab kejar trafik : Duit. Terlalu obses dengan trafik sampaikan blogwalking guna cara yang singkat dan salah.. Ni pendapat kid ah.

Mungkin bagi diaorang perit, leceh nak singgah dari blog ke blog dengan cara yang betul.. Tapi dalam hal ni, dah macam 1 penipuan kat blogger-blogger yang bertandang balik ke blog-blog tu. Penipuan sebab kita ingat diaorang datang kat blog kita tapi sebenarnya tak pun.

Jadi korang rasa macam mana?

Mula-mula kid dapat tahu, memang terasa darah naik kat kepala ah. Tapi bila fikir balik, malas ah nak cakap lebih-lebih. Cukuplah dengan beratus-ratus caci maki yang kid baca. Letih dol. Bukan hal-hal macam ni yang kid harapkan dalam dunia blog.

Kita manusia memang tak lari dari buat silap.. Orang tu nak berubah atau tak, terletak pada dia sendiri. Kita boleh menegur, tapi cuma diaorang je yang boleh betulkan kesilapan tu.

So better kita just move on je ah. Fokus progress blog lagi bagus.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...