Apa maksud ping entri di ping-ping site dengan teknik SEO dalam entri?

on 19 January 2011

Ok ada yang tanya kid apa kemendanya ping entri di ping-ping site dengan teknik SEO dalam entri. Kid boleh jelaskan cuma kid nak bagitahu dulu, kid taklah master bab-bab ping-ping dengan teknik SEO ni. Jadi apa yang kid jelaskan berdasar dari pengetahuan dengan pengalaman kid sendirilah.

Entri ni pun khas untuk penggila trafik. Hahah gurau je.


Ping entri di ping site : Ping ni ada 2 tujuan. 1, ping kat site macam pingmyblog.com . Korang ping kat website ni untuk google index keyword-keyword yang ada dalam entri korang. Tujuan ping ni supaya entri korang boleh berada kat SERP (Search engine result page). Yang macam Yahoo search tu..Yang jadi rebutan blogger-blogger : entri keluar kat page pertama SERP.

Ke-2, ping untuk dapatkan trafik sementara waktu. Contohnya ping site macam Innit dan Gengblogger. Lagi molek kalau entri korang dapat tempat kat "Featured post" Innit dengan "Popular hari ni" kat Gengblogger. Nak dapat Featured post dengan Popular hari ni, tajuk entri mesti menarik sebab trafik akan klik berdasarkan tajuk entri korang.

Salah 1 post kid yang pernah dapat "Featured post"

Teknik SEO dalam entri : Tujuan teknik ni ialah cuba dapatkan trafik dari Search engine. Korang cuma perlu perbanyakkan keyword-keyword dalam entri korang. Keyword tu mestilah yang panas, yang tengah hot dan apa yang trafik nak baca. Contohnya macam keyword tahun lepas yang top "Dato Sosilawati" dan beberapa minggu lepas, keyword yang top "Fasha sanda berbikini"

Kalau korang perasan, banyak blog-blog yang gunakan keyword ni masa keyword ni tengah hot. Motif utama diaorang : Dengan harapan entri diaorang yang guna keyword panas ni dapat keluar kat page pertama SERP.. Dan sebab keyword tu hot, maknanya memang ramai yang nak baca.

Ni salah 1 eksperimen kid dalam teknik SEO ni. Keyword : ahli kumpulan avenged sevenfold.







Actually SEO ni banyak benda korang boleh praktikkan. Bukan takat pada entri. Kid cadang korang usha SEO master : ariffshah . Dia ni handal ah bab SEO ni. Kid pun belajar dari entri-entri dia.

                                                   ____________________________


So tu lah dia. Actually bukan senang nak praktikkan benda-benda ni dengan berjayanya. Kid dah banyak kali failed. Yang penting kita jangan cepat giveup ok! Harap-harap post ni dapat membantu blogger-blogger yang tak faham pasal benda-benda. Er, aku membebel panjang-panjang ni korang faham ke tak?



Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...