Cara aku dapatkan BE ads

on 19 January 2011

Dari entri kid yang lepas, ada yang tanya macam mana nak dapatkan BE. Lagi 1 apa yang perlu buat kalau dapat BE. Untuk entri ni kid bagitahu dululah macam mana kid dapat BE.

Cara kid dapat BE ialah.., hantar email ugutan kat nuffnang! "Nuffnang, kalau kau tak bagi BE kat blog aku, masaklah kau. Jangan main-main sebab aku tak main-main!" Er jangan ambil serius sebab kid bergurau je.

Macam mana nak dapat BE? Kalau korang baca kat blog lain, kebanyakkan diaorang akan cakap update borang survey, letak ads kat tempat yang betul dan bla bla bla.

                                                      ____________________________


Cara kid pulak : kid tak pernah fikir pun pasal BE. Actually, bab BE ads ni, terletak pada nuffnang tu sebenarnya. Nak menangis, merayu memang takkan dilayan. Pihak nuff akan tentukan beberapa kriteria sebelum diaorang decide nak sumbat BE dalam satu-satu blog tu. So kerja kita usaha tak henti-henti mantapkan blog kita baik dari segi luaran dan dalaman.

Luaran = Dari segi template. Template mestilah cantik, kemas walaupun tak capai 100%.. Kenapa template nak kena cantik, kemas? Cuba korang fikir secara logiklah, nak ke trafik singgah kat blog yang tunggang langgang, loading lambat, widget bersepah dan macam-macam lagi lah. Benda ni common sense je sebenarnya. Bab dalaman - Apalagi kalau bukan dari segi entri. Entri perlu mantap, padat, tepat, takda belas kasihan punya. Kalau boleh buatkan pembaca ternganga dek penangan entri kita..

Kenapa 2 kriteria ni korang perlu ambil berat? Sebab trafik. Diaorang sumbat BE ads kat blog kita sebab nak laku kan produk clients diaorang. Jadi diaorang akan pilih blog yang ada kemasukan trafik pada tahap yang memuaskan.. Nak dapatkan trafik yang memuaskan, kita kena ambil berat 2 kriteria kat atas. Selain tu, guna cara promosi yang biasa kita buat : Blogwalking, ping entri, apply teknik SEO kat entri..

Itulah sebabnya kid kata tadi, kid tak pernah pun fikir pasal BE. Bukanlah pasal kid nak tunjuk kid ni mulia, berlagak ke apa.. Sebab kid sedar kekurangan blog kid ni. 95% kandungan dalam blog ni, totally sampah! Bagi kid baru dalam 5% jelah kandungan entri blog ni yang bermanfaat untuk reader.


                                                   ___________________________

So tulah cara kid dapatkan BE. Kid sarankan korang tolak ketepi dulu bab duit ni. Fikir pasal blog kita dulu. Then barulah duit tu perlahan-lahan datang.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...