2 perkara yang boom! dunia blog beberapa hari ni

on 27 January 2011

Semenjak cerita pasal kak red dengan ben ashaari keluar kat media, mesti ramai yang 'terbukak mata' dengan blog. Mana yang pandang remeh dengan blog, mula pandang blog. Mana yang ludah blog, diaorang jilat blog balik. Mana yang tunjuk jari tengah kat blog, diaorang turunkan balik jari tengah tu. Mana yang ada blog, makin bersemangat dengan blog.

Bagi yang mula pandang ke arah blog, mesti terfikir 'macam mana nak jadi blogger?',  'macam mana nak buat blog?' 'Buat blog boleh kaya ke?'.. Based dari pengalaman sendiri, sebelum fikir camtu fikirkan kenapa nak ada blog dulu. Sebab minat atau duit? Atleast bila visi dan misi dah ada (ceh..), korang takkan mudah hilang panduan dalam blogging.

Jangan jadi macam tuan punya blog ni. Dulu buat blog sebab nak kaya. Kaya memang kaya. Tapi kaya dengan sampah.

Blogging bukan semudah A,B,C.. Bukan semudah 1 entri dah boleh jana populariti dan duit tebal-tebal. Kalau senang senang macam tu je, kid rasa semua yang ada blog dah kaya dah.. Tak payah dah kerja makan gaji. Tak payah dah jadi kuli. Student pun boleh berhenti dah belajar. Yelah kata kaya kan? Buat apa nak bersusah payah lagi dengan benda-benda macam ni.

Untuk yang tak tahu, penulis Redmummy ambil masa 2 tahun untuk dapat duit dari blog dia. Ben ashaari pulak, kekuatan utama blog dia entri update tak berhenti dan suka tolong blogger yang baru.. Barulah sampai dia ke tahap sekarang ni.

Sebab tu kid cakap, blog bukan semudah ABC.

                                                      ___________________________


Note : Bukan entri tunjuk hero/expert.. Tapi sekadar peringatan untuk semua bloggers termasuk kid sendiri.. Dan panduan untuk yang baru nak mencuba blogging ni.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...