Sebelum tu apa yang kid nak bebelkan bukan merujuk pada semua guru kat malaysia ni ok.
Seriuslah bagi kid ni berita paling sengal untuk hari ni kalau nak bandingkan dengan berita-berita lain. Kid tengok niat diaorang jadi guru tu jauh dah menyimpang. Ke laut perginya. Tujuan jadi guru tu semestinya mengajar, turunkan ilmu yang bermanfaat untuk generasi-generasi yang bakal jadi pemimpin negara 1 hari nanti. Tapi korang tengok sendirilah apa yang diaorang lagi pentingkan sebenarnya.
Pangkat tu tak lebih dari sekadar gelaran je. Kena ingat, bila dah naik pangkat, tugasan makin bertambah. Kalau ikhlas jadi tenaga pengajar, tak perlu nak mintak-mintak pangkat tu.. Kalau jenis mengeluh-mengeluh macam ni, agak-agak ikhlas ke hati tu settlekan tugasan yang makin berlambak bila naik pangkat nanti? Ingat naik pangkat boleh goyang kaki? Sila berhenti bermimpi.
Korang ingat lagi tak cikgu-cikgu pernah pesan kat kita : Jangan tamak. Tapi korang tengok cikgu-cikgu sekarang ni. Nasib baiklah rata-rata murid-murid takkan nampak sikap udang di sebalik mee cikgu-cikgu ni.. Maksud kid diaorang takkan mampu mentafsir perkara ni. Nak atau tak, cikgu-cikgu ni kiranya dah jadi macam role model untuk murid-murid dia. Tapi kalau dah cikgu perangai macam ni, jangan salahkan murid-murid pulak kalau perangai diaorang hampeh.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan