walaupun 1 orang je yang komen entri kau, bersyukurlah

on 17 January 2011

Esok dah start praktikal. Wah mampus aku satu hapah pasal photoshop dengan illustrator langsung tak semak balik. Ok mukadimah tamat.

Seorang je yang komen entri kau? Gelak? Siapa nak gelak? Nak tulis apa yang orang nak baca, sangat-sangat susah. So bersyukurlah walaupun 1 orang je yang komen. Bukan senang nak buat pembaca respon balik penulisan kita kan? Kid pernah rasa. Kita sama je. Dari 1 komen, kita cuba tambahkan 2, 3 4.. Makin lama makin naik komen tu.

Penulisan entri bukan 1 kerja yang senang. Lagi-lagi bagi sesiapa yang pentingkan feedback. Nak dapatkan feedback, kena tulis apa yang orang nak baca dan fikir macam mana nak buat pembaca respon balik. Gagal hasilkan entri yang orang nak baca? Tak konsisten dalam penghasilan entri yang bagus? Rilek sudah..

Ni lah learning process kita. Nak tensyen-tensyen buat apa ye tak? Bukan hari ni kita post entri baru, lepas setengah jam dah berpuluh orang komen. Kita bukan blogger yang dah well known, kita masih lagi merangkak.. Berjalan pun belum boleh lagi.

Benda ni 1 learning proses yang perlahan. Pokoknya sabar! Just chill, relaks =)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...