Tapi bab popular ni bukan 1 benda yang patut kita fikirkan. So tolak ketepi dulu.
_________________________
Bagi pendapat tak salah, tapi biar dengan cara yang betul.. Bukan berkonsepkan 'asal boleh' je. Biasanya kalau ikut konsep 'asal boleh' je, tujuan dia tak lain tak bukan mesti semata-mata pasal trafik.. Lagi 1 kalau berpandukan konsep tu, mesti apa yang ditulis ikut hati dengan perasaan.. Silap-silap carut maki hamun pun keluar.
Kalau berterusan macam tu, aku rasa trafik lama-lama pun naik menyampah.. Kepercayaan trafik pada penulisan kita memang akan berkurang. Lagi 1 puas ke berblogging semata-mata pasal trafik?
Cara kena betul maksud aku, biar cukup dalil dan fakta.. Cara penyampaian yang bijak (pandai susun ayat) dan tak tumpu pada keuntungan satu-satu pihak. Silap tulis memang masak weh... Silap-silap kena saman, kena tahan ISA. Contohnya blogger yang kena saman RM 6 juta tu. Kalau jadi macam tu, rasanya kalau trafik blog mencanak pun tak guna.
"Siapa makan cili dia terasa pedas!" "Blog aku, aku punya sukala!" Wow wow.. Better stoplah siapa-siapa yang fikir macam tu.. Jangan diikutkan sangat hati.. Sekarang ni mata-mata ramai.. Kalau kena saman/kena tahan ISA, nak menyesal tak guna dah.
Kena ingat jugak, apa yang kita tulis jari-jari tu akan jadi saksi kat akhirat esok. Kalau apa yang ditulis terang-terangan memburukkan pihak-pihak tertentu, takkan dapat pahala pulak kan?
_______________________
Jadi fikir semasak-masaknya sebelum post pendapat tentang satu-satu isu. Janganlah main hentam je. So sila fikir dan selamat beramal (?)
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan