Nak tegur kesalahan orang lain boleh tapi biarlah betul cara dia

on 06 Februari 2011

Kata orang, jauh berjalan, luas pengalaman. Ni dari apa yang aku nampak dalam perangai manusia ni. Perangai yang aku perasan sampai terbawak-bawak dalam blog. Bila seseorang tu buat salah, yang nak menegur pun tegur dengan cara yang salah.

Kalau niat nak menegur untuk sedarkan si bersalah kira make sense lagilah. Tapi kalau sampai maki-maki, menghina macam mana pulak? Ada ke yang suka ditegur dengan cara macam tu? Paling penting, boleh selesai ke masalah?

Contoh situasi :

Si A : Kau ni bodoh, suka mengenyam dengan banyak jantan! Tak cukup mengenyam kau buat projek pulak eh? Betina sundal! Tahu tak apa yang kau buat ni berdosa?!

Si B : Eh kau apahal hah?? Banyak sangat masa kau nak jaga tepi kain orang?? Suka hati akulah! Dosa aku bukan dosa kau!

Ok katakanlah si B ni memang salah tapi sebenarnya, berbalik pada cara si A ni menegur.. Kalau macam nilah, cuba fikirkan.. Boleh ke selesai masalah? Dah sah-sah si B tu melantun balik kan?

                                                         _______________________


Bila kita buat something tu, kadang-kadang kita memang tak sedar apa yang kita buat tu betul atau salah. Ini normal. Masa nilah tegur-menegur main peranan. Tapi adakah dengan terus pergi 'shoot' je sesuka hati? Bagi aku bila bab tegur-menegur ni, si penegur tu mesti jadi 'air'.. Janganlah jadi 'api'. Sebab memang terjamin punya masalah memang takkan selesai. Takda orang yang suka ditegur dengan cara macam tu atau yang sewaktu dengannya.

Contoh paling mudah tengok je dunia artis. Tak perlu kot nak cakap siapa.. Tapi korang sendiri pun perasan diaorang ni berperang tak sudah-sudah. Sampai orang pun meluat. Lagi 1 tak salah kalau aku kata salah cara menegur nilah salah 1 punca timbul kes-kes bergaduh/bunuh/rogol. Hampir tiap-tiap hari ada je kes-kes macam ni keluar suratkhabar.

"Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah." - iluvislam


                                                        __________________________


Tegur tu biarlah betul cara dia. Jangan pergi rendahkan ego orang yang ditegur.. Tahu cari masa yang sesuai last sekali faham kedudukan orang yang ditegur tu. Jangan pakat main redah je sebab memang takkan dapat sebarang resolusi pun..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...