Korang tahu tak ada 5 sebab kita buntu idea?

on 17 February 2011

Kenapa eh kenapa eh? Dari pemerhatian, pengalaman, plus hasil aku perah otak tengah hari tadi, aku dapat beberapa punca kita buntu idea. Ada banyak sebenarnya tapi aku cut sedikit supaya entri ni tak terlalu panjang.

Motif - Supaya kita dapat elak problem ni dan moga-moga idea takkan putus untuk blog masing-masing.

                                                                +++++++++++++++++


5 sebab kita buntu idea!

Membanding pencapaian : Kadang-kadang kita tak sedar kita membandingkan pencapaian blog yang dah meletup dengan blog kita sendiri. Kita tengok trafik dia berduyun-duyun, online counter sentiasa hidup, entri dia banyak yang komen dan paaaling penting sekali, $$$ dia dapat tebal-tebal (aku tahu bab $$ ni yang buat ramai terpengaruh). Kau tengok, kau baca, kau terpengaruh, kau terperangkap! Bila kita tak dapat hasil macam blog dia, kita frust..

Bila frust, kita tak dapat nak cari idea lagi, semangat berblogging jatuh dan ada kemungkinan tutup blog terus! Jadi elok kita jangan membanding-banding lagi.

Mood terganggu : Ni pun punca jugak ni. Contohnya kita mengeluh kerja banyak, or takda mood nak kerja tapi kita paksa diri jugak. Bila jadi macam ni, apa yang timbul ialah rasa bengang, marah. Bila jadi macam ni fikiran kita kusut. Bila fikiran kusut, memang tak dapat dah nak proses apa-apa idea lagi.

Aku cadangkan kita be positif je. Jangan sesekali biarkan apa-apa yang korang tak suka buat mempengaruhi mood korang. Be positif dan mood kita takkan terganggu. Lagipun tak bestlah layan perasaan negatif ni.. kan?

Takut gagal : Katakanlah kita dapat 1 idea ni. Tapi kita belum proses lagi lah. Tetiba timbul pulak dalam fikiran " Eh kalau aku post entri ni, ada yang nak baca ke? Trafik masuk ke? Orang akan komen tak?"

Peduli je tu semua. Kalau kita terlalu fikirkan sangat pasal hal tu semua, last-last kita pening, idea pun tak dapat dah nak proses. Kalau boleh pun, kita tak dapat proses idea tu 100% dah. Sebab tumpuan dah terganggu. Ada je idea, proses dan terus post. Kalau kita takut-takut, macam mana kita nak kenal pasti kekurangan/kesilapan kita?

Taknak membaca : Ini 1 lagi problem. Kat sekolah dulu cikgu-cikgu selalu pesan, membaca dapat ilmu. Bila ilmu tak ada, tak salah kalau aku cakap skop penulisan kita takkan berkembang. Asyik-asyik kita tulis benda yang sama. At the end, kita buntu idea! Nak menulis pasal benda lain, pun takda idea.

Ilmu = info = idea. Dengan membaca kita dapat banyak info/idea, cara kita berfikir makin matang dan skop penulisan kita akan berkembang. Rajin-rajinlah membaca. Bila singgah je mana-mana blog, jangan sekadar tinggalkan link je.. Stay sekejap 5-10 minit, geledah entri-entri dia.. Manalah tahu kalau blog tu penuh dengan idea, kita pulak tak baca. Kan ke rugi?

Kita lupa : Ramai lupakan 'dia'.. Aku pun tak terkecuali. Bila kita memang betul-betul buntu idea, berdoalah. Segala yang baik datang dari yang Esa. Yang buruk dari kita sendiri.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...