Lupa.. Kita memang alpa..

on 22 February 2011

"Hari ni lauk ni je? Ikan sardin?" - Pernah tak merungut macam ni? Haa biasalah.. Manusia.. Aku pun sama.. Semalam lauk tu lah aku telan.. Hari ni alhamdullilah.. All time favourite, ayam..

Cuma semalam tu, penat-penat balik kerja, tengok lauk, hilang sekejap nafsu makan. Nenek aku perasan perubahan muka aku bila aku bukak tudung saji.. Hm sebabkan lapar aku telan jelah.. Tapi bila masuk je proses mengunyah, sedap! Memang sedap.. 

Tengah-tengah makan tu, tetiba 1 persoalan ni timbul dalam fikiran.. "Atleast aku masih dapat makan walaupun lauk tu cuma sardin! Tu yang mangsa-mangsa perang, fakir miskin kat luar sana tu.., dalam 1 hari tu betul tentu diaorang dapat makan.. Sebutir nasi pun belum tentu dapat.. Diaorang menangis untuk dapatkan sebutir nasi!"

Hmm... Bila tengok dari perspektif lain..,

..Bukan takat pasal makan je.. Tak kiralah apa-apa yang baik berlaku kat kita hari ni.. Jarang sekali kita ucap "Alhamdullilah.. Rezeki hari ni.." Bila susah, baru kita ingat kat 'atas' tu.. Tu memang betul.. Tapi yang silap, bila susah pun tak ingat kat 'atas' tu. Bila senang, kemungkinan besar lagilah tak ingat.. Hm..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...