Nak ada trafik? Nak ada pembaca? Tulis apa orang nak bacalah!!

on 16 February 2011

Tulis apa orang nak baca kalau tak kau tutup je blog kau!! - Betul. Memang betul kalau nak ada pembaca, nak ada trafik, tulis apa orang nak baca. Tak dapat disangkal..

Kalau asyik nak tulis apa orang nak baca ni, serius boleh 'jam' kepala woo.. Lama-lama keseronokkan hilang. Aku dah cuba, aku tahu azab dia macam mana. Silap-silap nanti kita akan buat kegiatan copy paste, tak pun kita cerita benda yang sama, takda pengolahan dan point yang berulang-ulang.. Tak pun kena mental block. Dah tak tahu nak cerita apa..

Kebelakangan ni aku perasan, kalau kita ni asyik duk memikir 'apa yang tak boleh' dalam dunia blog, lagi-lagi pasal entri, memang bersawanglah blog.. Itu tak boleh, ini tak boleh.. Macam aku cakap, keseronokkan tu hilang.. Sebab terlalu mengikut 'arus'.. Sekadar cadangan, jangan difikirkan sangat protokol-protokol yang membantutkan produktiviti kita.. Mana yang penting je kita simpan..

Hm rata-rata niche blog, personal.. Jadi dari sini aku rasa kita dah tahu apa yang boleh ditulis.. Cerita pasal kisah sendiri sekali-sekala bagi aku ialah 'antibiotik' bila fikiran dah 'jam'. Sekali sekala lari dari kebiasaan.. Tenang je rasa.. Tak suka, pangkah je. Kan?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...