Pertembungan pendapat

on 26 February 2011

Pertembungan pendapat ni selalu je berlaku.. Lagi-lagi dalam blog. Pendapat bagi aku bersifat personal. A ada pendapat sendiri, B ada pendapat sendiri. Masing-masing rasa pendapat sendiri penting.

Kenapa jadi macam tu? Ok katakanlah si A ni bengang dengan si B. Disebabkan bagi dia pendapat dia penting dan perlu diutarakan, maka si A ni akan menghukum/mengkritik dari segi pendapat dia. Si B pulak akan respon balik dengan pendapat dia. Sebab dia pun rasa pendapat dia penting. Bila satu-satu pendapat tu dikeluarkan, akan ada 1 pihak yang akan respon. Perkara ni normal.

Cuma timbul masalah kat sini bila, pendapat tu berbentuk provoke secara halus atau kasar dan takda sikap keterbukaan dalam menerima pendapat. Bila 2 benda ni bertembung, apa lagi, bergaduh la. Hm bagi aku tak seronok dah blogging bila jadi macam ni..

Jadi untuk elakkan arguement ni, korang tahulah apa yang patut dibuat.. Tak pun sekali kau dah buat keputusan, jangan tengok belakang lagi.

Hm cuaca memang cun hari ni!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...