Biarpun meronta-ronta untuk cuba melarikan diri ketika didatangi oleh pegawai JKM secara mengejut namun lima wanita berusia di antara 30 hingga 45 tahun dan empat kanak-kanak warga Myanmar itu berjaya dikawal dan ditahan atas kesalahan mengemis.
Menurut Timbalan Pengarah 2, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabar Puteh Mahadi, dalam operasi yang dinamakan Ops Masjid itu, pihaknya menerima aduan daripada jawatankuasa masjid tersebut mengenai kewujudan pengemis-pengemis asing yang meminta sedekah di situ sejak tiga bulan lalu terutama pada hari Jumaat.
Katanya, pengemis di situ bertindak agak agresif apabila ada dalam kalangan mereka yang cuba memaksa jemaah supaya memberikan mereka wang - Kosmo
Damn.. Tak tahu aku nak komen apa.. Tapi, duit tebal-tebal bukan bawak ke kubur pun..
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan