Aku setuju dengan reply 'pelajar marah'

on 25 Februari 2011

Belajar dalam atau luar negara bagi aku takda masalah pun kat situ. Bergantung pada course pelajar tu.. Tapi menyalahkan 'tempat belajar' dengan 'negara' sebagai punca pelajar tu gagal atau apa ke bagi aku memang silap...

Bagi aku, tengok niat pelajar tu sendiri. Ni aku cerita sedikit tempat aku study dulu. Kondisi, peruntukan untuk pelajar kat situ memang fail. Gagal habis. Pc-pc kat library diaorang (admin) guna zaman pakcik makcik kita dulu. Monitor gedabak, lightning menyakitkan mata. Nak adjust pun tak dapat sebab dah takleh pakai dah adjust switch. Processor pulak tak payah cakap ar. Sebab memang tak sesuai dah untuk 20++ ni. Bukak je apa-apa software tahun 20++, sempat jugak kita lelap 4-5 minit. Pc-pc tu pun jadi port ternak virus.


Tang buku-buku rujukan pulak, ada ke bagi fotostat punya? Dengan font kejap clear kejap kabur. Dapat kat student yang panas baran, buku-buku tu pasti tertepek kat muka admin. Serius nak study susah. Sampai ada yang bawak kanta. Dah macam orang tua baca paper dah.

Tapi nak berjaya punya pasal, faktor-faktor tu semua takkan jadi masalah. Ada je student dapat 4 flat. Bukan sedikit dapat result macam tu.

Timbul masalah kalau pelajar  tu, takda niat pun sebenarnya nak study.. Lagi-lagi bila duit pinjaman masuk, dapat 2k-3k dalam hati terus pikir nak enjoy. Terus lupa tujuan berhijrah ke tempat orang.

Macam aku cakap tadi, sebenarnya tengok niat student tu sendiri. Aku tahu ibu-bapa memang concern pasal prestasi anak-anak. Lagipun tangan tu jugak yang sain borang pinjaman. Tengok sampai ratus ribu jumlah pinjaman, mahu tak cuak. Aku faham. Tapi janganler duk salahkan 'tempat belajar' dengan negara tu .. Sangat-sangat tak relevan sebenarnya.

Em siapa 'pelajar marah' tu? Klik sini.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...