Semua bloggers layak berkongsi..

on 18 February 2011

Hm bercakap pasal berkongsi dalam dunia blog ni.. Berkongsi ni ada banyak jenis. Berkongsi sedih, happy, tips, tutorial, info.. Cuma selalunya orang akan cari perkongsian dari blogger yang dah well-known sebab kesahihan perkongsian diaorang tu memang tepat. Betul.. Aku pun tak nafikan..

Tapi aku tak amik pusing sangat hal ni sebab aku percaya, perkongsian tu bukanlah eksklusif untuk sesetengah blogger. Setiap blogger layak berkongsi..

Atas sebab ni jugaklah aku perasan ada blogger yang takut-takut nak menyuarakan pendapat, apa yang terbuku dalam hati. "Eh ada orang ke nak baca kalau post entri ni? Eh, eh.. Ada ke? Trafik pulak macam mana? Komen? Ada ke yang nak drop komen? Eh eh, ada ke?" - Persoalan ni timbul bila entri demi entri yang dipost, hasil dia tak macam kita bayangkan.. Kita jadi takut..!

Apa kata buang je takut tu. Takut tu takkan bawa kita ke mana-mana! Takda faedah pun kalau kita fikirkan, kan? Last-last blog tumbuh lalang, atau idea buntu. Takkan kita nak macam tu?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...