5 point yang gagal menambat hati wanita

on 18 Mac 2011

Memang dah difitrahkan setiap manusia ada keinginan nak berpasangan. Kita tengok dari segi lelaki. Nak ada aweks tapi aku rasa kemungkinan gagal dapat aweks agak tinggi kalau lelaki ada point-point macam kat bawah ni.


Ego

Sikap ego ni memang tak dapat lari bagi insan bergelar lelaki. Tapi kalau ego tak bertempat memang 1 masalah. Contohnya susah nak mengaku salah/terima pendapat orang lain. Keras kepala. Aku tengok perempuan memang tak boleh blah dengan sikap macam ni. Masuk akal bila kita fikirkan kenapa sebab perempuan kalau boleh nak elakkan 1 relationship yang bermasalah. Ok memang satu-satu relationship tu takkan dapat lari dari masalah tapi boleh cuba dielakkan. Salah 1 cara dia ialah tahu kawal ego. So bila perempuan dah tahu lelaki tu tak pandai kawal ego dia, kemungkinan besar dia akan tolak permintaan jadi awek untuk lelaki tu.

Terlalu ambil berat + over protective = mengongkong

Masalah yang timbul masa berkawan sebab dah tak boleh kawal perasaan. Ok mungkin pada lelaki risau tapi sedarlah, apa yang dibuat tu buat perempuan rimas. Baru je berkawan tapi dah terlalu protective. Dia (perempuan) nak pergi hangout dengan kawan pun lelaki dah banyak tanya. Perempuan tu just demam, tapi banyak sangat tanya itu ini. Nampak macam lelaki nak masuk dalam life perempuan tu secara paksa. Secara tak langsung apa yang lelaki sangka ambil berat, risau tu sebenarnya mengongkong life perempuan tu. Perempuan tak suka dikongkong.

Takde stable job

Ada perempuan yang betul-betul serius bab relationship nakkan lelaki yang ada stable job. Ada stable job means ada stable income. Bukan nak mengikis duit lelaki, tapi ini 1 petunjuk bagi perempuan yang lelaki tu jenis yang berfikir atau buat sesuatu untuk long term punya effect. Kalau takat harap 'i love u, u love me' tak cukup. Nampak tak mesej disebalik metafora ni?

Cepat mengalah/putus asa

Contohnya baru ada masalah, dah menggelabah dan terus blah tinggalkan masalah tu sebab taknak peningkan kepala. Dari sini je perempuan dah nampak lelaki macam ni tak boleh diharap dan perempuan akan fikir kalau dia kapel, andai kata dalam tempoh kapel tu dia ada masalah, kat siapa dia nak mengadu kalau balak dia jenis macam ni? Silap-silap bila perempuan tu mengadu, jawapan lelaki macam ni : "I tak tahu lah nak cakap macam mana.. Peninglah fikir".. Tak ke berkecai hati perempuan tu? Perempuan nakkan lelaki yang boleh tolong diaorang selesaikan masalah, bukan setakat dengar masalah.

Ambil mudah pasal kebersihan

Ni masalah common ni. Contohnya badan berbau, rambut tak terurus/berkelimumur.. Kita tak payah fikir jauh benda ni. Kenapa bila kita berselisih dengan perempuan, jarang kita terbau bau yang kurang menyenangkan dari diaorang? Kebanyakkanya wangi je kan? Sebab diaorang memang jaga pasal kebersihan ni. Kebersihan boleh masuk dalam kategori 1st impression. So kalau lelaki tu jenis macam ni, mungkin sekadar sesuai untuk buat kawan je lah. Tak lebih dari tu.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...