Tamak ni ada kepentingan dia jugak

on 09 June 2011

Selalu orang cakap sikap tamak tak bawak kita ke mana-mana. Dengan sikap tamak jugak akan menjadikan ktia seseorang yang tak reti nak bersyukur dengan rezeki kurniaan yang Esa. Betul kah pendapat tu?

Kalau tanya pandangan guwa, tamak ni ada kepentingan dia jugak. Penting untuk keadaan sekarang ni yang semakin maju yang menuntut kita untuk bergerak sekali dengan peredaran masa ni. Dengan sikap tamak ni jugak akan jadi trigger untuk kita memperbaiki taraf kehidupan kita.

Apsal guwa cakap macam ni?

Contoh kat sini hasil kemajuan teknologi macam gadget, handphone, pc/lappy. Semakin lama semakin maju fungsi-fungsi dalam tu. Yang jadi persoalan apsal tamak sangat sampai nak beli semua benda tu? Bukan mati pun kalau takde benda2 tu. Kadang-kadang kita tengok even diaorang yang dah ada semua tu pun masih lagi tertunggu keluaran baru benda2 tu.

Jawapan dia mestilah sebab benda2 tu membantu urusan harian diaorang macam kerja contohnya.. Makin lama makin maju fungsi dalam benda2 tu dan ini bermakna, semakin efisyenlah benda2 ni semua membantu urusan harian kita. Kalau takde rasa tamak ni, adakah diaorang akan tergerak hatinya untuk dapatkan benda2 tu? Eh berapa banyak punya 'benda tu' daa..

Conclusion, kalau kita masih kekal dengan sikap "ah cukuplah ni.." guwa rasa memang kita takkan bergerak ah. Masih kat takuk lama. Taraf kehidupan takkan berubah. Bila taraf kehidupan tak berubah, kita rasa hidup kita ni susah. Bila kita rasa hidup kita ni susah, kita nak salahkan siapa? Yang Esa?

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...