Menara Cinta Sinopsis Cerekarama Tv3

on 19 April 2012

Info sinopsis tentang menara cinta cerekarama tv3. Drama yang diarahkan oleh zulhuzaimi ini akan menemui penonton pada 21 april 2012. Genre cerita ni kita tengok tajuk pun dah tahu iaitu cinta. Yang bestnya ialah barisan pelakon dia (fahrin ahmad, fasha sandha, nabila huda, zulhuzaimi dan rosnah johari) pun kita dah tahu cerita ni pasti best dan mampu setanding dengan cerekarama tv3 yang lain.


Sinopsis :

Menceritakan kehidupan suami isteri yang tiada sifat persefahaman lagi dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai. Selepas berpisah dengan rizwan, sofea menjalinkan hubungan dengan jejaka baru, danial dan akhirnya mereka berkahwin dan menetap di england.


Ibu bapa rizwan pula memujuk rizwan segera cari pengganti dan segera dapatkan zuriat. Hubungan rapat bersama peguam bela rizwan, nur membuahkan bibit kemesraan antara mereka. Lantas mereka akhirnya bertunang. Ketika hampir tarikh majlis perkahwinan mereka, rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di paris.


Di paris rizwan dipertemukan semula dengan sofea. Sofea pula pada masa ni dah bercerai dengan danial. Rizwan masih lagi menyimpan perasaan pada sofea dan bimbang akan kehilangan cinta Sofea, lantas tanpa berfikir panjang rizwan bernikah dengan sofea di paris. Sekembalinya ke malaysia, rizwan memohon maaf kepada nur kerana terpaksa memutuskan pertunangan mereka.


Kerana itu, nur mengambil keputusan untuk saman izwan sebanyak RM 1 juta kerana memungkiri janji. Sofea pula tertekan kerana danial mengugut menyebarkan foto peribadi ketika mereka berbulan madu selepas mendapat sofea dah pun bernikah semula. Akhirnya tekanan melampau itu membuatkan Sofea tiba-tiba rebah dak sukar bernafas. Doktor mengesahkan sofea membawa virus HIV.


Adakah Rizwan masih setia menerima Sofea? Dapatkan Sofea dan Rizwan mengecapi kebahagiaan untuk bersama?

Barisan pelakon utama menara cinta : fahrin ahmad, fasha sandha, zulhuzaimi, nabila huda dan rosnah johari. Nantikan drama ni di slot cerekarama pada 21 april 2012 hari sabtu jam 10 malam!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...