Kelab isteri taat dikecam

on 09 June 2011

Salam selamat pagi.. Macam biasa, setiap pagi guwa akan bertenggek di web berita online untuk usha update2 cerita terkini. So guwa jumpa artikal ni :

Puteri UMNO mengecam penubuhan Kelab Isteri Taat yang dilihat hanya mementingkan nafsu semata-mata untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata penubuhan kelab yang kononnya untuk mengajar wanita menjadi setia dan menjalankan tanggungjawab terhadap suami adalah usaha sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam. 


“Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia dan adakah hanya isteri saja yang mesti pandai melayan suami, bagaimana pula dengan peranan suami di atas katil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sambil menyifatkan kenyataan itu ibarat meletakkan martabat seorang isteri serendah pelacur, Timbalan Presiden PGSM, Musa Awang, berkata isteri bukan pekerja seks bagi suami kerana tugas isteri melayan suami adalah satu ibadat yang diberi ganjaran pahala daripada Allah - Berita harian 


Guwa dah cakap dah sebelum ni. Menyamakan isteri sebagai pelacur walaupun hanya sebagai metafora memang akan jadi isu. Sebab nampak mengarut! Nak baca apa respon guwa pasal ni, sini picit! 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...