Aku dah lalok..

on 21 March 2011

Waktu lunch tadi, settle je mencekik aku rasa nak online. Nak tengok apa cite dengan blog kawan-kawan pasal aku bz gila pagi tadi. Tak sempat langsung nak berblog. Lappy dah on, aku bukak zip poket bag nak ambik broadband. Aku seluk tangan dalam tu, "Eh broadband aku takde?! Ah sudah..

Kelam kabut aku cari. Macam mana boleh takde dalam poket bag.. Biasa aku simpan kat situ jelah bb aku. Sampai berpeluh duk cari tapi tak jumpa-jumpa jugak. "Macam mana nak berblog kalau broadband takde??" - dalam hati aku. Last-last 1 jam waktu lunch tu abis gitu jer.. Bb tak jumpa-jumpa jugak.. Rasa macam nak nangis.. Air mata mula turun.. Pasal susah payah aku duk kumpul duit nak beli menatang tu. Nak berblog punya pasal..

"Hm mungkin ini balasan dosa aku yang lepas2.. "- sambil lemah longlai aku berjalan balik ke opis..

Sampai je opis, aku memang dah takde semangat dah nak buat keje. Putus asa! Giveup dah! Tengah duk termenung, fikir mana perginya broadband aku tu, tetiba hp berbunyi. Aku 'hello' 4 kali tapi takde respon. Aku hello lagi 4 kali pun takde respon jugak. Yang peliknya kenapa hp aku berbunyik lagi sedangkan aku dah cakap hello banyak kali?

"Apsal aku rasa lain macam je ni?"

Aku tengok tangan aku. "Ler.. Ingatkan hanpon, rupanya broadband! Dalam poket seluar rupanya!"
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...